Time is running!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Wednesday, December 1, 2010

CiNtA kASih AnTaRa kITa... (^_^)











ALLAH memberikan kita fitrah...menyayangi dan disayangi..Dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, mahu apapun...tetapi dasarkan lah ia kepada cinta ALLAH... Cinta antara lelaki dan perempuan tidak salah...cuma mestilah diniatkan untuk ALLAH..

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat menuju perkahwinan...ikatan sah antara dua jiwa...kerana berkahwin itu memudahkan lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw,
“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya” ...

Semoga perkahwinan yang dibina semata-mata kerana ALLAH...bertujuan membina rumahtangga muslim-muslimah... melahirkan zuriat soleh dan solehah...sanggup memikul amanah dan melaksanakan hukum perintah ALLAH.. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut kepada-Nya..


Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka...membazir masa... akan mudah didorong oleh hasutan nafsu dan bujukan syaitan durjana....Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana-Nya.... Hakikatnya,itu cinta terlarang yang membawa kemusnahan pada kedua-duanya...

Semasa menjalin cinta,pastikan tiada hukum ALLAH yang dilanggar...tiada pergaulan bebas, pendedahan aurat, pengabaian solat, puasa dan sedekah... Hubungan cinta jangan sampai terjerumus perkara musibah...yang melalaikan dan merugikan....Yakinlah, tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan...bahkan cinta akan gagal disambung di alam perkahwinan...mahupun tak sempat menempuh perkahwinan....

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi.....Segala peraturanNya hanya kerana rasa cinta terhadap hambaNya...sesuci cinta yang pasti menuju gerbang perkahwinan...dan terus bercinta dengan seribu keindahan.... Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung di akhirat mendatang.... Suami soleh isteri solehah akan bercinta lagi di syurga-tempat pertama yang melahirkan cinta...Adam dan Hawa!!!

Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH...
Berbahagialah kita dengan nya.... (^_^)



No comments:

Post a Comment